Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran: –
- Set induksi
- Tunjuk cara
- Variasi rangsangan
- Peneguhan
- Penyoalan
- Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
- Penerangan
- Aprisiasi
- Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
- Penutup
KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada.
- Menarik perhatian
- Menimbulkan pergerakan
- Struktur
- Membuat perkaitan
Set induksi yang berkesan ialah,
- Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
- Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
- Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
- Pergerakan
2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
5. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-
- Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
- Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
- Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
- Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.
KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-
- Peneguhan lisan
2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.
4. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).
5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik.
6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.
Peneguhan yang berkesan ialah:-
- Kemesraan dan semangat
- Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
- Peneguhan positif
- Kefahaman murid tentang peneguhan
KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.
KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH
Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.
KEMAHIRAN PENUTUP
Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;-
- Menegaskan semula perkara-perkara penting.
- Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif).
- Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.
- Cadangan aktiviti
Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kaji
Semula ( boleh melibatkan murid )
(a) Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir, ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan.
(b) Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi
Rangsangan - Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.
ii. Penilaian
Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, rumusan kognetif.
- Kaitan kehidupan sosial
- Cadangan aktiviti
(b) Perkaitan sosial - menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.
(c) galakan motivasi - kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat.
Penutup yang berkesan ialah;-
- Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid.
- Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.
- Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.
- Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.
- Mengukur pembelajaran murid.
- Mencadangkan aktiviti berkaitan.
1 comments:
Playtech: a breakthrough gaming technology for online casino players
Playtech offers the kadangpintar best in casino entertainment and has built worrione on its reputation for deccasino providing high-quality games to our users.
Post a Comment