BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 27 March 2011

Perniagaan dan Keusahawanan Tahun 4 : Unit 1- Barang Jualan

Pengenalan Kepada Perniagaan Dan Keusahawanan.

Manusia memerlukan barang dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian. Namun tidak semua barang dapat disediakan atau dibuat sendiri.

Oleh itu,manusia saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan barang yang mereka perlukan. Kini manusia menggunakan wang untuk mendapatkan barang keperluan. Kegiatan jual beli ini dikenali sebagai Perniagaan Dan Keusahawanan.

Unit 1- Barang Jualan.

sebelum seseorang peniaga menjalani perniagaan, peniaga perlu mengenal pasti barang keperluan,cita rasa dan kemampuan bakal pembeli.Bakal pembeli dinamai sebagai kumpulan sasaran.

                               
        video ini menunjukan bagaimana seseorang kumpulan sasaran (pembeli) membuat pilihan dalam memilih sesuatu barang keperluan.


Kumpulan sasaran( Pembeli)


kumpulan sasaran atau pembeli yang berada di kawasan sekolah ialah,

1. murid tahap satu ( tahun 1,2 dan  3)
2. murid tahap dua ( tahun 4,5 dan 6)
3.guru perempuan
4.guru lelaki

Mengumpul dan megelaskan maklumat.

untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang sesuai dijual kepada kumpulan sasaran, kajian pelu dijalankan. Maklumat boleh dikumpul melalui:
a) Pemerhatian 

Memerhatikan barang yang biasa dan selalu dibeli oelh rakan dan guru setiap hari.

b) Temu Bual 

Bersoal jawab dengan rakan dan guru tentang barang yang disukai,diperlukan,mampu dibeli oleh mereka. Temu bual dibuat secara berkumpulan.

c) Soal Selidik.

Meminta kerjasama rakan dan guru untuk mengisi borang soal selidik tentang barang yang disukai,diperlukan dan mampu dibeli oleh mereka.

Hasil daripada kajian tersebut, kita dapat mengelaskan barang mengikut:

  1. Barang keperluan murid.
  2. Barang keperlua guru.
  3. Barang kesukaan murid.
  4. Barang kesukaan guru.
  5. Barang yang mampu dibeli oleh murid.
  6. Barang yang mampu dibeli oleh guru. 





0 comments: