BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 28 March 2011

Perniagaan dan Keusahawanan Tahun 4 : Unit 2 - Merancang dan Menyediakan Jualan.



Sebelum memulakan perniagaan ,kamu perlu merancang jualan agar tidak mengalami kerugian.


a)  Membuat Rancangan Jualan.

-      Merancang jaulan bermaksud membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan secara teratur.
-      Maklumat yang perlu ada dalam rancangan jualan ialah:
*    Jumlah modal yang disediakan.
*    Jenis dan jumlah barang yang dijual.
*    Maklumat pembekal.
*    Cara jualan,iaitu melalui tempahan,menjaja dan membuka gerai.
*    Lokasi perniagaan.

-      Cara Mendapatkan Modal – modal merupakan pekara utama sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Sumber modal boleh didapati melalui:

§  Rakan kongsi.
§  Wang simpanan
§  Meminjam daripada saudara mara dan rakan rakan.

-Peniaga harus menyediakan maklumat jualan seperti berikut:

*    Menentukan jenis barang yang hendak dijual.
*    Menentukan harga barang yang hendak dijual.
*    Menentukan untung yang akan diperolehi.

Menyediakan Jadual Kerja- bertujuan untuk memastikan setiap rancangan jualan berjalan dengan lancar. Perancangan yang telah dibuat perlulah diikuti dengan penuh tanggungjawab bagi menjamin kejayaan perniagaan.

 
Nama
 Murid
Tugasan
Sebelum Jualan
Selepas Jualan
Selepas Jaualan

membungkus
melabel
Melayan
mempromosi
Merekod
Faiz
(ketua)
X

X


Bee Yoong
 (penolong)
X

X


Raqib
 (bendahari)
X

X

X
Chandra
(setiausaha))

X

X
X
Aisyah
(AJK)

X

X

Luqman
(AJK)

X

X



b)  Menyediakan Barang Jualan.
o   Kamu pelu menyediakan barang jualan dalam bentuk yang mudah dibeli oelh pelanggan sebelum menjual barang.
o   Barang jualan yang hendak dijual perlu dibungkus, dilabelkan dan ditetapkan harga jualannya.



 
barang perlulah dilabel bagi memudahkan kumpulan sasaran mengetahui jenama atau jenis barang tersebut. 







   b)Menyediakan Barang Jualan.
o   Kamu pelu menyediakan barang jualan dalam bentuk yang mudah dibeli oelh pelanggan sebelum menjual barang.
o   Barang jualan yang hendak dijual perlu dibungkus, dilabelkan dan ditetapkan harga jualannya.
                         
Cara Menyediakan Barang Jualan Adalah Seperti Berikut:
1.    Mengasingkan barang yang perlu dibungkus dan yang tidak perlu dibungkus.

Contoh barang yang tidak perlu dibungkus adalah:
o   Alat tulis- pensel,buku

Contoh barang yang  perlu dibungkus adalah:
o   Makanan-kacang,gula-gula dan biskut.

2.   Mengasingkan barang mengikut jenis kemudian  bahagikan barang kepada unit-unit kecil seterusnya bungkus barang dan labelkan.

3.   Dalam proses menyediakan barang jualan,kamu mestilah mengetahui cara menetapkan harga jualan. Rumus untuk memnentukan harga jualan ialah:

Harga Jualan = Harga Belian + Untung.


Tujuan Membungkus dan Melabel.

Ø   Barang jualan perlu dibungkus dan dilabelkan untuk menarik perhatian pelanggan.
Makanan perlu dibungkus untuk melindungi makanan daripada tercemar


Label memberikan maklumat tentang barang jualan kepada pembeli


0 comments: